cuti sekolah kemanakah anda?


Assalamualaikom dan salam sejahtera semua sekali, selamat menjalani penggal cuti persekolahan, kemanakah arah tuju percutian anda. Dalam musim cuti sekolah ini mesti ramai yang bangun lewat dan malas mandi hahaha ibarat lagu tak tung tuang la maksudnya belum mandi tapi masih cantik juga hahaha.



Cuti persekolahan apa program anda sekeluarga? masih tercari-cari tempat untuk bercuti atau beriadah?. ok kalau yang masih belum ada perancangan Kocai nak cadangkan untuk ke KL Bird Park, Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Cenderawasih, perdana Botanical garden. Taman burung ini berukuran lebih 20.9 ekar  cukup untuk mengeluarkan peluh anda hahaha bila peluh keluar boleh la menyihatkan tubuh badan anda, disini juga boleh melihat 3000 lebih burung dan 200 jenis spesis di dalam habitat semula jadi, anda boleh melihat berbagai-bagai jenis burung dari yang kecil hingga la yang besar.





Bukan itu sahaja ada juga pemandangan pameran suasana yang menyenang dan dapat menghilangkan tekanan kerja seperti Waterfall Aviary, Hornbill park, Brahmini land, World of parrot dan Love Aviary jika anda ingin tahu macam mana rupa bentuk pameran ini anda kena datang dan merasainya sendiri.




Anda juga boleh memberi makanan kepada burung-burung dan melihat aktiviti-aktiviti burung. Selain itu ada juga persembahan daripada kaki tangan KL Bird Park bersama burung-burung yang telah dilatih, peesembahan yang menarik dan menghiburkan untuk anda sekeluarga.



Taman ini di buka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari so tak ada alasan untuk tiada masa ke sana hehe. Harga tiket untuk warganegara dewasa RM 27.00 dan bagi kanak-kanak RM 13.00 untuk warga asing harga tiket berlainan dari harga warganegara.


Untuk merasai pengalaman berada di KL Bird Park boleh la segera datang melawat dan beriadah disana, sehingga berjumpa lagi di cerita yang akan datang selamat bercuti.

2 comments:

  1. Menarik juga KL Bird Park ni.. Leya pun belum berkesempatan nak ke sini. InsyaAllah...ada masa nanti boleh lah pegi ni.

    ReplyDelete
  2. mmg menarik kat KL Bird Park ni..

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete