Assalamualaikom dan selamat sejahtera.. Lama dah rasanya kocai x masuk dalam laman Blogger ni.. Hihi.. Bukan apa busy mencari ilham..
 
    So apa yang menarik Kocai nak kongsikan hari ini cara-cara nak jadikan kasut yang lusuh atau yang dah rosak biar nampak cantik dan menarik..
   Caranya mudah sahaja cuma perlu kesabaran dan mengikut kreativiti sendiri.. Hehe.. Nak tahu caranya jom baca sampai habis cerita ini...
           
     Ok.. Kerja yang pertama kita mestilah membersihkan permukaan yang hendak di baiki supaya semua kerja berjalan dengan lancar.. Permukaan kasut juga perlu licin dan rata jika ada gam-gam lama mestilah dibersihkan dan permukaan kasut yang tidak diwarnai perlu ditampal dengan salotape agar tidak mengenai warna pada tempat yang tak seharusnya diwarna..
  Selepas kerja membersihkan sudah selesai, jika kasut berwarna hitam hendaklah diwarnai dahulu dengan warna putih supaya senang untuk melukis atau mewarna.. Sebab apa bila warna hitam so warna lain memang susah nak nampak jika latar belakang hitam.. Hehe..


  Setelah selesai diwarnai dengan warna putih, lukiskan corak yang anda kehendaki.. Kalau tiada idea boleh cari dalam Google.. Hehe.. Bagi menyenangkan kerja anda.. Setelah siap melukis anda boleh mewarnai ikut lukisan yang dilukis tadi.. Cat-cat kasut hendaklah mengunakan cat yang memang khas untuk kasut ye.. Jangan guna cat rumah pulak.. Hahahahha... Setelah selesai semua kerja letakkan di kipas supaya cat-cat mudah untuk kering.. Untuk video cara-cara mengecat boleh layari laman web "https://youtu.be/dbHdLcdMejA" ok di dalam laman web ni Kocai ada tunjuk kan kerja dari Mula hingga selesai kerja.. So selamat mencuba....

   👉 https://youtu.be/dbHdLcdMejA👈

1 comment: