Sugarglider sesuai untuk peliharaan anda

Assalamualaikom dan salam sejahtera kepada semua rakyat malaysia dan kepada seluruh penduduk di pelusuk dunia. Rasanya dah lama kocai tak muncul dalam blog ni kan maklum la sibuk sedikit dengan kerja-kerja harian, mesti ramai peminat-peminat kocai yang merindui cerita-cerita dari kocai... hahaha... itu pon kalau ada yang merindui tapi rasa-rasanya tak ada pon.. hahahaha....


Ok hari ini kocai nak tulis sedikit cerita berkenaan binatang peliharaan atau Pets, ramai pecinta haiwan dalam dunia dan macam-macam jenis haiwan yang ada di dalam dunia ni anda boleh pilih dari yang besar hingga yang kecil, dari yang garang atau yang manja tapi jangan silap pelihara pulak.. hahaha... Takut nanti memudaratkan diri sendiri.

  

Haiwan peliharaan pilihan kocai hari ini ialah Sugarglider.. Anda kenal kepada Sugarglider?? dimajnakah terletak kekuatan Sugarglider?? di kerisnyakah?? atau di kekuatannyakah??.. hahaha.. kalau nak kenal dan nak tahu baca sampai habis dan jangan lupa jadi follower blog kocai. Ok Sugarglider ni berasal dari timur Indonesia dalam daerah Popua nama Sugarglider ni didapati daripada pemakanannya yang suka makanan manis seperti gula = Sugar, dari perkataan gula yang disebut dalam bahasa inggeris iaitu Sugar. Tetapi dari mana pulak datngnya Glider hahaha... perkataan Glider pulak didapati daripada sifat dan tingkah laku binatang ini kerana suka meluncur dengan sayap kecilnya yang terletak di sisi badannya maka disitu apabila disambungkan jadi lah Sugarglider.



Jadi jika anda ingin membeli atau memelihara Sugarglider abda jangan keliru antara Tupai terbang dan Sugarglider walaupon kelihatan sama tetapi banyak perbezaan diantaranya. Sugarglider mempunyai kantung seperti Kanggaru untuk menyimpan anaknya ketika baru lahir sehinggalah anaknya sudah sedia untuk keluar dari kantungnya. Cara penjagaan Sugarglider ini amat mudah anda boleh memberinya makan makanan seperti buah-buahan, bubur bayi,serangga seperti ulat atau belalang dan makanan yang dijual di kedai-kedai haiwan.



Sugarglider suka hidup dalam suasana berkeluarga atau berkumpulan jadi jika anda mahu memelihara Sugarglider kocai nasihatkan beli sepasang jantan dan betina supaya Sugarglider anda tidak kesunyian, jika tidak mempunyai  bajek yang mencukupi anda boleh memelihara dengan yang betina dahulu nak tahu apa sebabnya dan jenis-jenis Sugarglider nantikan dalam cerita yang akan datang. Ok sampai disini sahaja cerita kita untuk hari ini jangan lupa jadi follower Kocai dan sedikit pengetahuan tentang Sugarglider selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf zahir dan batin.

2 comments:

  1. Menarik... Nak cuba dapatkan jugak lah.. Teringin juga nak memelihara Sugarglider ni. Macam comel je kan... Hehe... Ape-ape pun kena tanya Mr. Otomen Taro dulu lah..hehe..

    ReplyDelete
  2. Terbaik bro!! Macam best je nak bela binatang ini jugak.. Hahaha..

    ReplyDelete