Waterfront Kuching Sarawak

Assalamualaikom dan Salam sejahtera guyss.. Lama Kocai tak bersiaran di laman blogger ni, bukan apa sibuk sikit dengan urusan luar.. Hujung minggu dah ada plan untuk bersiar-siar? kalua tak ada jom ikut Kocai jalan-jalan ke Waterfront Kuching Sarawak, nak tahu apa yang menarik di Waterfront baca dan simpan dalam kepala anda hahaha....



Banyak tempat-tempat menarik di Waterfront Kuching salah satu tempat yang menarik adalah Jambatan Darul Hana yang baru di buka pada 11 Novermber 2017, kedudukan yang berlatarkan bangunan Dewan Undangan Negeri menjadikan jambatan ini lebih menarik dan cantik. Pemandangan waktu malam dengan lampu-lampu yang di pasang di jambatan dan pemandangan sungai yg menjadikannya lebih menarik.




Jambatan yang berbentuk 's'yang berukuran sepanjang 335 meter dan di sokong oleh 2 kabel  itu sesuai untuk pejalan kaki untuk menimati keindahan di waktu malam bukan itu sahaja anda juga boleh melihat dan menikmati lagu-lagu yang di mainkan oleh penghibur-penghibur jalanan di sepanjang jalan di Waterfront. Terdapat juga gerai-gerai minuman dan makanan di sepanjang jalan, anda juga boleh membeli cendera mata dengan harga-harga yang berpatutan, selain itu juga anda boleh bergambar dengan hero-hero di dalam filem Avenger dan Justive League.. hehe..



Jadi apa lagi jom la kita bercuti di Kuching Sarawak banyak lagi tempat-tempat menarik yang berada di sini jika anda ingin tahu tempat-tempat yang menarik untuk bercuti jangan lupa jadi follower kocai ya.. hehe.. selain tempat-tempat bercuti banyak lagi topik-topik menarik yang Kocai akan tunjukkan di dalam blog Kocai.. Ok sehingga berjumpa lagi di lain hari dan lain masa..

1 comment:

  1. Menarik.. Dah lama juga tak ke Sarawak...Rindu juga nak ke sana..

    ReplyDelete