Kenangan Ride Dari Kuala Lumpur ke Penang 2017

Assalamualaikum semua pembaca blog lifestyle kocai...

Okay... Kali ni aku nak cerita mase cuti bulan 12 tahun lepas. Aku dan beberapa kawan telah merancang untuk perjalanan ke Penang. Bagi aku, ini adalah ride sempena Tahun Baru 2018 yang akan bawak budak-budak nie melawat Penang. Pergghh...teruja beb.. Ride beramai-ramai dengan kawan-kawan pergi melawat tempat menarik di Penang. Alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali. So... untuk ride kali ni, aku bawak RX-Z aku yang berkilat kat bawah tuh.

Kami memulakan perjalanan daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Bila semuanya settle, kami bergerak melalui highway Utara dengan jayanya. Hahaha...
 

Kenangan Ride Dari Kuala Lumpur ke Penang 2017

Perjalanan kami mengambil masa 5-6 jam. Perjalanan yang penat tapi menyeronokkan. Macam biasa... Perut lapar berhenti di RnR dan teruskan kembali perjalanan sehinggalah sampai ke destinasi. Disiplin dalam menunggang motor perlu ada dalam diri rider agar tidak berlaku masalah yang tak diingini.

 
Di hadapan Hard Rock Cafe, Penang

Dah sampai di Penang. Lepak seketika di Hard Rock Cafe, Penang. Makan-makan, borak-borak, dan berselfie.. Apa lagi nak diceritakan ye. Bagi aku memang best dan seronok.

 
Sembang mesra dengan kengkawan

Okay....sampai di sini sajelah yang dapat aku kongsikan pengalaman manis aku ketika ride dengan kengkawan aku ke Penang. Sehingga bertemu lagi.. Papai..

4 comments:

  1. Can Titanium Rings Be Resized? | Titanium Art
    i.can titanium pry bar be resized to fit the standard travel case. This makes this the case titanium pipe for all guy tang titanium toner standard travel cases and titanium car mini travel cases. titanium plate

    ReplyDelete