Yamaha RXZ Kejam Untuk Digunakan? Nak Tahu? Baca Sini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dunia permotoran sekarang semakin terkenal dan berpengaruh hanya yang berjiwa motor dapat merasakan keseronokkan dalam dunia permotoran.

Zaman sekarang ramai yang berminat dengan motor-motor lama yang sudah ditelan zaman dan di naikkan semula untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Dalam dunia permotoran ada jugak di kategorikan sebagai mat rempit dan mat motor. Hanya kita yang mampu memilih untuk menjadi yang mana satu. Jadi hari ini  kita bukan bercerita tentang mat rempit atau mat motor, Kocai nak kongsi sikit mengenai motor Yamaha RXZ sebab kocai pencinta RXZ.
 
Masuk hari ini Kocai dah memiliki 3 buah Yamaha RXZ.


Sebab Apa Yamaha RXZ Masih Digilai Ramai Peminat?

Ahaaa... Korang tengok lah sendiri kenapa RXZ ni masih ramai lagi yang meminatinya. Enjinnya 2 lejang walaupun cc kecil tapi horsepower tinggi giler kan.. Lagi satu yang bestnya, enjin 2 lejang nie torque dye tinggi. So... sebab tu rider-rider kat luar sana memang suka dan rasa hebat dengan kelajuannya.


Best memanglah sangat best kan... Sebab acceleration (pecutan) dia tinggi. Tapi enjin 2 lejang nie korang kena pakai pelincir 2T. Minyak 2T nie cepat habis dan kalau pakai yang murah, korang punya performance motor akan drop lah sikit. Means motor korang jadi lembap.  Hahaha... So... tu lah sikit kelemahan dia.. Jadi jika mahu menjaga enjin motor anda Kocai galakkan memakai minyak Ron97 jadi kena berkorban kewangan sedikit la.. hahaha... Tapi Kocai memang dah minat RXZ, so okay je nak maintain motor kesayangan nie.  Bukan itu sahaja RXZ juga mempunyai ketahanan enjin yang tak mampu dijangka dan kelahuan yang tidak dapat dijangka. Lagipun seronok bila dapat ride ramai-ramai dengan kengkawan.




Tahun lepas Kocai dah ride dari Melaka ke Penang bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dunia permotoran, so.. tahun ini Kocai akan meneruskan konvoi dari Kuching ke Kota Kinabalu melalui negara jiran Brunei. Untuk membuat perjalanan jauh kita harus memastikan motor benar tip top supaya tiada masalah ketika dalam perjalanan. Jika anda ingin tahu situasi perjalanan nanti teruskan membaca cerita-cerita yang Kocai akan tulis nanti banyak yang akan Kocai kongsikan dalam perjalanan nanti.




Insha Allah kami akan melakukan perjalanan tanpa henti (blow pipe) dari Kuching ke Kota Kinabalu cuma berhenti untuk mengisi minyak sahaja doakan perjalanan kami semua nanti, sampai berjumpa lagi di lain Artikel selamat menjalani kehidupan harian anda...

1 comment: