Misi jelajah Borneo Yamaha RXZ
Assalamualaikom dan salam sejahtera semua sekali hari ini Kocai nak kongsi sedikit cerita dan pengalaman semasa ride dari Kuching Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah.
Hari berikutnya kami telah menyertai satu program yang di adakan di kompleks sukan Likas Kota Kinabalu Sabah yang dianjurkan oleh kelab pencinta dua roda Sabah dengan kerjasama PDRM, AADK dan banyak lagi melalui program 'SABAH MOTOR DAY 3.0'. Dalam acara ini semua yang terlibat di dedahkan tentang bahaya dadah yg di beri taklimat oleh pegawai AADK cawangan Sabah, banyak pertandingan diadakan seperti lumba motorsikal paling lambat, perlumbaan tolak motorsikal dan banyak lagi tak lupa jugak cabutan bertuah juga diadakan, hadiah-hadiah cabutan bertuah memang tidak merugikan. Kumpulan kami berjaya membawa pulang cabutan bertuah sebiji motorsikal Yamaha RXZ dan sebiji Helmet Arai Sekata, kumpulan kami juga telah di berikan medal sebagai tanda terima kasih kerana memberi sokongan di dalam acara tersebut.
Hari berikutnya kami meneruskan perjalanan ke Kudat Sabah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari bandar Kota Kinabalu. Perjalanan yang menyeronokkan serta ditambah lagi dengan suasana kampung dan permandangan pantai membuatkan perjalanan tidak terasa lama, tujuan kami ke Kudat adalah untuk bergambar di Tips Of Borneo yang terletak di Tanjung Simpang Mengayau. Setelah selesai bergambar kami menenangkan minda menikmati keindahan pantai sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu semula. Setelah selesai semua acara dan urusan di Kota Kinabalu hari berikutnya kami meneruskan lagi perjalanan ke Labuan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki motorsikal dari Kota Kinabalu ke Jeti Menumbuk Sabah dan kemudian perjalanan diteruskan dengan menaiki feri menuju ke Labuan dengan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam untuk sampai ke Labuan. Setelah sampai di Labuan kami di sambut oleh rakan-rakan dari minat yang sama dalam dunia permotoran dan kami bermalam di rumah salah seorang daripadanya.
Keesokan harinya kami semua bertolak balik ke Kuching Sarawak melalui negara Brunei, tujuan aktiviti sukan permotoran ini ditubuhkan adalah untuk memupuk semangat positif dalam kalangan penunggang motosikal dan juga mengalihkan focus belia dari berlumba-lumba di jalanan dengan menyertai aktiviti yang lebih positif.
“Kami mahu ahli-ahli meneroka dan menikmati keindahan Borneo sepanjang perjalanan di jalan raya serta dapat mengetahui tempat-tempat menarik di sekitar Sabah dan Sarawak dan juga memupuk hobi yang sihat dan positif dalam menunggang motosikal secara lebih berhemat,” kata Azuan.
Bagi Kocai, tidak salah kiranya kita menyertai kelab permotoran ini kerana ianya sangat positif dan mempunyai matlamat. Jadinya lagi, Kocai rasakan imej seorang riders lebih dipandang mulia dan baik serta tidak dipandang serong oleh masyarakat. Penunggang motosikal juga perlu ada sikap toleransi di jalan raya jika kita ingin dipandang baik oleh pengguna lain dan tidak meninggalkan kesan buruk kepada diri sendiri. Stop saying Lumba Haram, Jom join Kelab Permotoran Borneo. Mengisi masa korang dengan lebih berfaedah di samping menikmati pemandangan yang indah ketika menjelajah ke sesuatu tempat.
Memang seronok dan teruja dengan aktiviti permotoran bersama ‘Team Elizabeth Clan’ ini. Tidak sabar untuk sertai lagi bersama-sama aktiviti berfaedah seperti ini lagi dan diharapkan semua pencinta dua roda dapat bersatu seperti "Brotherhood". Sekian sahaja coretan yang tak seberapa ini jumpa lagi di cerita-cerita akan datang jangan lupa like, share dan jadi follower Kocai.
Terbaik bro... Aktiviti permotoran seperti ini amat baik dipupuk minat kepada belia agar mereka tahu menjalani kehidupan-kehidupan sihat dan positif. Syabas dan Tahniah diucapkan.
ReplyDeletePergghhh... power... Masuk paper.. Okay jom follow blog otomen taro di https://www.otomentaro.com/
ReplyDelete