Ride SuperSunday Pipe On Gaisss!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakyat Malaysia apa khabar hari ini sihat ke semua? hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk semua beristirehat dan menghabiskan masa dengan keluarga, jadi apa rancangan anda pada hujung minggu.
Aktiviti hujung minggu memang menyeronokkan apabila dihabiskan bersama kawan-kawan atau keluarga macam Kocai hari minggu memang waktu untuk konvoi motorsikal dengan rakan-rakan RXZ. Minggu ini Kocai nak ride dekat-dekat saje, so kita ride ke Telaga Air yang terletak di Matang Kuching, Sarawak ada yang nak follow kocai ride santai petang ini.
Perjalanan yang memakan masa dalam 45 minit sahaja dari bandar Kuching, so hari ini mana yang nak follow Kocai dan ingin mengetahui situasi keindahan dan apa yang ada di Telaga Air tu boleh lah rajin-rajinkan diri membaca story yang tak seberapa ini. Sesampai di Telaga Air anda boleh menikmati keindahan muara sungai yang tenang dan damai, bukan itu sahaja anda juga boleh memancing disitu dan menikmati makanan-makanan laut dengan harga yang berpatutan. Suasana petang yang menyenangkan menyeronokkan lagi untuk beriadah di sini.
Kepada pengunjung atau kaki travel boleh la datang ke Telaga Air untuk menenangkan fikiran dan menghilang kesibukan di kota. Jadi jangan lupa datanglah bercuti di Kuching Sarawak banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sini, jika anda ingin tahu tempat-tempat menarik di Sarawak jangan lupa like dan jadi follower Kocai sampai berjumpa lagi di cerita-cerita akan datang.
WoW!!! Bestnya dapat jalan-jalan.. Nanti LeYa dan Otomen datang Sarawak bawak kami jalan2 taw..Haha..
ReplyDelete